Friday, March 23, 2012

Semua sudah terjawab..



Alhamdulillah dua hari lepas maka terjawablah segala persoalan yang bermain di minda setiap pelajar yang lahir pada tahun 1994 dan keputusan SPM memberi seribu satu jawapan.. :) entah lah result yang aku dapat ni syukur laa juga alhamdulillah.. walaupun tidak mengenai target 7A tetapi keputusan 6A3B+ pun kira bersyukur laa sgt2.. tapi rasa x best pula tengok rakan2 yang jatuh time SPM.. mungkin ada salahnya taktik pembelajaran yang diamalkan iaitu study HARD berbanding study SMART.. dengar bunyi pun dah payah.. ada sampai sehari tidur 4jam saja.. bayangkan betapa hebat tu.. tapi Allah saja menentukan.. itu lah keputusannya.. kita perlu lah redha dengan ketentuan ilahi mungkin ini ujian Allah kepada hambanya.. mereka juga perlu memikirkan apa kesalahan mereka sehingga dihukum atau diuji sebegini mungkin kedekut ilmu dan sebagainya.. nak sambut pun tak ada mood sebab kawan2 sedih.. sedih juga tengok kawan2 yang membesar bersama kita kini dalam keadaan sukar memohon U.. ada juga yang dapat hadiah macam2 perghh kalau orang kaya boleh la.. kita ni pula dari UPSR , PMR sampaikan SPM.. tak ada nak mintak apa2 nak mintak pun tau nanti menyusahkan pula ibubapa... cukup la melihat mereka tersenyum dan sedikit bangga dengan kejayaan kami :') .. alhamdulillah syukur pada mu ya Allah kerana memakbulkan doaku agar berjaya membuat mereka tersenyum gembira dengan kejayaan ku.. :)
Jangan berputus asa kawan2.. perjalanan kita masih jauh untuk ditempuh semoga kita berjaya di masa hadapan Amin... :)

Hye KenGkAwAn~ FoLLOw Sy K~