Saturday, April 26, 2014

Nenek kenangan terakhir..

 MASIH ku ingat dengan jelas hari itu.. Sehari sebelum hari tu hari Jumaat aku bersetuju mengikuti aktiviti kelas ke Muar sedangkan aku jarang nak ikut aktivit2 macam ni.. Dan entah kenapa minggu itu je aku tidak mahu pulang ke melaka.. Malam sebelum hari bertolaknya aku ke Johor telinga aku berdesing kuat macam ada sesuatu yang tak akan berlaku aku mengucap panjang dan berdoa agar tiada musibah yang datang. Jumaat pun tiba kami bertolak ke Johor selepas exam berat aku mau ke Johor kerana selalunya aku pulang ke melaka tiap2 minggu. (pada minggu sebelumnya ak dah cakap dah kat nenek yang adik tak balik ea nenek minggu depan.. teringat nenek angguk masa tu sayu je mata dia :') ) .. (arwah nenek ketika itu sakit akibat baru lepas rawatan pembedahan akibat kanser) Tiba di Johor kami dibahagikan kepada keluarga angkat masing2. Suasana ketika itu agak gembira kerana keadaan kampung yang aman serta aku mendapat keluarga angkat walaupun sedikit kekurangan berbanding keluarga angkat kawan2 yang lain sebab rumah dia papan sepenuhnya. Tetapi keadaan dalam rumah itu luas dan selesa. Malam itu ibu angkat ada ingatkan aku dan ada sorang kawan aku ni supaya ikut jadual yang telah diberi untuk solat tahjud di malam hari.(sebak hatiku memikirkan semula) Pagi dalam keadaan pukul 4-5pagi aku bangun bersama Faris(rakan) melakukan solat tahjud.. Dan tau doa paling banyak aku doakan waktu pagi yang sejuk itu khas untuk arwah nenek :').. aku doakan dia cepat sembuh panjang umur dia kuatkan dia .. aku juga doa sekiranya Allah menjemput dia ambillah dia dalam keadaan yang baik.. Memang sepanjang minggu tu aku rasa banyak doa ku hanya untuk nenek.. Pagi itu aku mengaji sedikit sedekah khas untuk nenek kemudian aku tidur untuk subuh.. Subuh bangun aku solat jemaah bersama Faris dan pagi itu kami pergi ke tapak aktiviti kami.. sedang puas aku mencurahkan segala ilmu yang aku ada untuk BLS(basic life support) untuk penduduk kampung mengajar cara2 selamatkan diri CPR, Chocking dan lain2.. Abah telefon dalam keadaan suara yang biasa dalam fikiran ku abah saja tanya aku dekat mana.. dalam keadaan itu suara Abah berubah mengatakan kau Sabar ea zim nenek dah takda.. Allah berderau darah ku mengalir hampir tidak tentu arah aku berjalan dalam keadaan serabut.. Abah suruh segera pergi ke stesen bas berdekatan balik.. Mujur rakan ada dan sanggup hantar aku ke stesen bas Muar jujur aku sangat2 bersyukur mempunyai rakan sebegini.. jika tidak mungkin tidak sempat aku melihat wajah nenek ku buat kali terakhir.. Sepanjang perjalanan perasaan ku bercampur baur kerana tidak menyangka hari ini kan tiba.. hari yang aku bayangkan aku kehilangan sesuatu yang sangat istimewa tiba.. Sedih pilu yang mampu ku luahkan.. Tiba di Melaka terus pergi ke Abah ku memeluknya dengan rasa amat pilu.. hanya sabar dapat abah ucapkan dan berkata "Abah tau nenek kau sayang kau" makin laju air mata mengalir.. Sebelum ini tiap2 minggu ku pulang ke Melaka mesti jumpa nenek utk melihat keadaanya selain mengaplikasikan apa yang aku belajar sebagai pelajar perubatan.. Sayang Arwah nenek tidak smpat lihat aku sehingga berjaya :').. Ciuman terakhir yang aku cium selepas jenazah dimandikan akan terus tersemat dalam ingatan ku betapa wanginya nenek :') mungkin macam tu la aku ketika kecil nenek menyapukan bedak dekat aku kecik2 :').. Selepas Asar Arwah nenek dikebumikan dalam keadaan cuaca yang redup memayungi kami. Pertama kali aku masuk liang lahad untuk kebumikan nenek membuatkan aku insaf bertapa dalam dan sunyinya liang lahad.. Alhamdulillah nenek selamat dikebumikan dalam keadaan yang baik.. Hari 22/3/14 akan tersemat dalam ingatan ku kerana jasa nenek yang membantu membesarkan ku sehingga aku berusia 20tahun.. Moga Allah sentiasa rahmatimu nenek.. Al fatihah Ara binti Zainal/nyonye ...

Hye KenGkAwAn~ FoLLOw Sy K~