Sunday, September 7, 2014

Kisah lalu..

Tak perlu ungkapkan mana silap.. cuma kadang2 diam lebih baik.. sayangnya dalam perhubungan tiada siapa yanag tahu.. kadang2 rasa hairan macam mana perasaan seseorang hari ini sayang esok tiada lagi.. yang menderita orang yang jujur menyayangi.... Hanya ingin mencoretkan segala kenangan kami agar ku tahu menghargai seseorang disaat aku terlupa.. (sebak) :')

Saturday, April 26, 2014

Nenek kenangan terakhir..

 MASIH ku ingat dengan jelas hari itu.. Sehari sebelum hari tu hari Jumaat aku bersetuju mengikuti aktiviti kelas ke Muar sedangkan aku jarang nak ikut aktivit2 macam ni.. Dan entah kenapa minggu itu je aku tidak mahu pulang ke melaka.. Malam sebelum hari bertolaknya aku ke Johor telinga aku berdesing kuat macam ada sesuatu yang tak akan berlaku aku mengucap panjang dan berdoa agar tiada musibah yang datang. Jumaat pun tiba kami bertolak ke Johor selepas exam berat aku mau ke Johor kerana selalunya aku pulang ke melaka tiap2 minggu. (pada minggu sebelumnya ak dah cakap dah kat nenek yang adik tak balik ea nenek minggu depan.. teringat nenek angguk masa tu sayu je mata dia :') ) .. (arwah nenek ketika itu sakit akibat baru lepas rawatan pembedahan akibat kanser) Tiba di Johor kami dibahagikan kepada keluarga angkat masing2. Suasana ketika itu agak gembira kerana keadaan kampung yang aman serta aku mendapat keluarga angkat walaupun sedikit kekurangan berbanding keluarga angkat kawan2 yang lain sebab rumah dia papan sepenuhnya. Tetapi keadaan dalam rumah itu luas dan selesa. Malam itu ibu angkat ada ingatkan aku dan ada sorang kawan aku ni supaya ikut jadual yang telah diberi untuk solat tahjud di malam hari.(sebak hatiku memikirkan semula) Pagi dalam keadaan pukul 4-5pagi aku bangun bersama Faris(rakan) melakukan solat tahjud.. Dan tau doa paling banyak aku doakan waktu pagi yang sejuk itu khas untuk arwah nenek :').. aku doakan dia cepat sembuh panjang umur dia kuatkan dia .. aku juga doa sekiranya Allah menjemput dia ambillah dia dalam keadaan yang baik.. Memang sepanjang minggu tu aku rasa banyak doa ku hanya untuk nenek.. Pagi itu aku mengaji sedikit sedekah khas untuk nenek kemudian aku tidur untuk subuh.. Subuh bangun aku solat jemaah bersama Faris dan pagi itu kami pergi ke tapak aktiviti kami.. sedang puas aku mencurahkan segala ilmu yang aku ada untuk BLS(basic life support) untuk penduduk kampung mengajar cara2 selamatkan diri CPR, Chocking dan lain2.. Abah telefon dalam keadaan suara yang biasa dalam fikiran ku abah saja tanya aku dekat mana.. dalam keadaan itu suara Abah berubah mengatakan kau Sabar ea zim nenek dah takda.. Allah berderau darah ku mengalir hampir tidak tentu arah aku berjalan dalam keadaan serabut.. Abah suruh segera pergi ke stesen bas berdekatan balik.. Mujur rakan ada dan sanggup hantar aku ke stesen bas Muar jujur aku sangat2 bersyukur mempunyai rakan sebegini.. jika tidak mungkin tidak sempat aku melihat wajah nenek ku buat kali terakhir.. Sepanjang perjalanan perasaan ku bercampur baur kerana tidak menyangka hari ini kan tiba.. hari yang aku bayangkan aku kehilangan sesuatu yang sangat istimewa tiba.. Sedih pilu yang mampu ku luahkan.. Tiba di Melaka terus pergi ke Abah ku memeluknya dengan rasa amat pilu.. hanya sabar dapat abah ucapkan dan berkata "Abah tau nenek kau sayang kau" makin laju air mata mengalir.. Sebelum ini tiap2 minggu ku pulang ke Melaka mesti jumpa nenek utk melihat keadaanya selain mengaplikasikan apa yang aku belajar sebagai pelajar perubatan.. Sayang Arwah nenek tidak smpat lihat aku sehingga berjaya :').. Ciuman terakhir yang aku cium selepas jenazah dimandikan akan terus tersemat dalam ingatan ku betapa wanginya nenek :') mungkin macam tu la aku ketika kecil nenek menyapukan bedak dekat aku kecik2 :').. Selepas Asar Arwah nenek dikebumikan dalam keadaan cuaca yang redup memayungi kami. Pertama kali aku masuk liang lahad untuk kebumikan nenek membuatkan aku insaf bertapa dalam dan sunyinya liang lahad.. Alhamdulillah nenek selamat dikebumikan dalam keadaan yang baik.. Hari 22/3/14 akan tersemat dalam ingatan ku kerana jasa nenek yang membantu membesarkan ku sehingga aku berusia 20tahun.. Moga Allah sentiasa rahmatimu nenek.. Al fatihah Ara binti Zainal/nyonye ...

Thursday, June 20, 2013

Dapat..

Antara peristiwa dan perkara wajib kat Malaysia sekrang ni apabila tiba musim result peperiksaan yang besar macam UPSR laa,PMR laa,SPM laa dan macam2 lagi laa hehehe.. :P para pelajar mesti tuntut dengan ibu bapa nak hadiah itu ini laa.. dan macam2 lagi... Sebenarnya ada dua sudut positif dan negatif ..

Dari sudut positif ianya dapat memberi ransangan kepada pelajar itu sendiri untuk terus berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Tetapi ada juga buruknya kerana kebanyakkan pelajar akan terus meminta (kalu kita ikut peredaran zaman) barang2 teknologi tinggi yang mahal dan canggih untuk peperiksaan yang akan datang... So banyaklah duit nk keluar huhu...

Dari sudut negatif pula.. Ianya akan menjadi satu trend atau budaya pada masa akan datang kalau nak berjaya mesti bagi Hadiah... ni da lari konsep ni huhu.. malah ada sampai ke dewasa meminta dari ibu bapa beli itu beli ini dalam peperiksaan..-_- kn......

Tapi pandai2 la menguruskan diri ye tak.. nk berjaya tu untuk diri sendiri sebenarnya.. Sebenarnya sy pun tak pernah dapat apa2 dalam peperiksaan besar.. :') (bukan nk sedih haha) tapi sy bersyukur la.. walaupun Alhamdulillah sy berjaya! dalam peperiksaan tu sume.. sy bersyukur kerana bagi saya hadiah yang paling hebat ialah sy berjaya buat kedua ibu bapa saya tersenyum BANGA melihat kejayaan saya :D... itu pun sudah cukup selain mereka sudah menjaga sy sekian lama.. :) ~ Inshaallah satu hari adik pula balas jasa mu :) .. Cuma kalu ade pun nk bagi hadiah bawa la adk pergi umrah hehe.. tu pun da syukur sgt.. inshaallah satu hari nanti.. Amiin.. :D ... sekian dari saya~ (jaga diri jerebu kat melaka sekarang ni.. ><)


Thursday, December 13, 2012

Alhamdulillah

Hai hai hai~ XD lameeeeeeeeeeeeee gler tak update2.. sampai stuck2 blog ni haha... ok nak cerita saya baru saja masuk ke sem 2 Program matrikulasi 1tahun.. kira sem1 da lepas la.. alhamdulillah :) .. maknanya ni ialah sem terakhir saya kat sini.. masih lagi mencuba adapt dengan surrounding yang tough2 ni.. grgghh .. tapi baru2 ni result sem 1 pun keluar~... nak tau seseuatu tak? taknak tau pun tak pe nk cerita juga hehehe.. Saya dapat 4flat~~ weee... alhamdulillah syukur sangat tak pernah jangka yang betul2 dapat.. tapi allah dah janji bahawa orang yang berusaha akan dapat apa yang mereka usahakan.. :) dan sesungguhnya janji2 allah itu benar2 belaka.. :) syukran Ya Allah.. bagi yg kurang jangan kita berputus asa.. Insyaallah Sem2 kita akan lebih cemerlang lagi..... :) Amin~....

Friday, March 23, 2012

Semua sudah terjawab..



Alhamdulillah dua hari lepas maka terjawablah segala persoalan yang bermain di minda setiap pelajar yang lahir pada tahun 1994 dan keputusan SPM memberi seribu satu jawapan.. :) entah lah result yang aku dapat ni syukur laa juga alhamdulillah.. walaupun tidak mengenai target 7A tetapi keputusan 6A3B+ pun kira bersyukur laa sgt2.. tapi rasa x best pula tengok rakan2 yang jatuh time SPM.. mungkin ada salahnya taktik pembelajaran yang diamalkan iaitu study HARD berbanding study SMART.. dengar bunyi pun dah payah.. ada sampai sehari tidur 4jam saja.. bayangkan betapa hebat tu.. tapi Allah saja menentukan.. itu lah keputusannya.. kita perlu lah redha dengan ketentuan ilahi mungkin ini ujian Allah kepada hambanya.. mereka juga perlu memikirkan apa kesalahan mereka sehingga dihukum atau diuji sebegini mungkin kedekut ilmu dan sebagainya.. nak sambut pun tak ada mood sebab kawan2 sedih.. sedih juga tengok kawan2 yang membesar bersama kita kini dalam keadaan sukar memohon U.. ada juga yang dapat hadiah macam2 perghh kalau orang kaya boleh la.. kita ni pula dari UPSR , PMR sampaikan SPM.. tak ada nak mintak apa2 nak mintak pun tau nanti menyusahkan pula ibubapa... cukup la melihat mereka tersenyum dan sedikit bangga dengan kejayaan kami :') .. alhamdulillah syukur pada mu ya Allah kerana memakbulkan doaku agar berjaya membuat mereka tersenyum gembira dengan kejayaan ku.. :)
Jangan berputus asa kawan2.. perjalanan kita masih jauh untuk ditempuh semoga kita berjaya di masa hadapan Amin... :)

Thursday, January 26, 2012

Cerita Doraemon paling sedih.. :'(

"Kenangan Bersama Nenek" :')
Pergghh.. serius saya tak pernah lagi tengok cerita atau movie2 yang mampu membuat air mata saya tak berhenti2 mengalir nak nak pula cerita kartun... Kartun? biar benar hahaha.. ya itu lah kenyataan! :'D
cerita doraemon yang baru ini bertajuk "Kenangan Bersama Nenek" tengok tajuk pun dah macam sedih hehe..
cerita ini masih mengunakan aliran suara Jepun yang sebenar tetapi mempunyai subtitle berbahasa melayu.. so korang akan faham laa walaupun tak faham apa yang dia cakap.. :D
Synopsis cerita ini mengisahkan kembali apa bila Nobita sedang berjalan2 sehingga melalui satu jalan yang mempunyai tong sampah besar yang terdapat patung beruang kesayangannya ketika kecil..dia kemudian mengambil semula patung itu yang sememangnya sudah comot dan membawa pulang kerumah sambil bertanya kepada Mamanya kenapa membuangnya.. Maka nobita kemudian terfikir untuk melawat neneknya yang sudah lama pergi meninggalkan dirinya ketika berusia 6tahun.. nak tau lebih lanjut?? haa sila lah melayari cerita ini~
Nie link dia >>> Movie Doraemon "Kenangan Bersama Nenek"... Layan habis~~ (siapa cucu kesayangan mesti terasa macam nobita ni :P )






Wednesday, December 14, 2011

The Mines

Hello2.. sory guys lama tak update blog ini sebab busy dengan SPM.. sekarang alhamdulillah free2 sikit...
So kali ini saya nak ceritakan serba sedikit fasal The mines di Selangor.. :) JOM Layan~
http://malaxi.com/blogmap/uploaded_images/Mines_Resort_City-753749.jpg (ni link untuk map ke sana)

Pusat The Mines ni sebenarnya berasal dari tapak perlombongan bijih timah di Malaysia..
Tempat ni memang sesuailah untuk aktiviti kekeluargaan untuk beriadah bersama terutama musim-musim cuti sekolah ni.. Antara perkara yang menarik yang boleh dicari di sini ialah seperti pusat pakaian , tempat makan (seperti subway,pizza san francisco dan secret recipe),pusat-pusat riadah dan macam2 lagi... Tapi yang paling saya nak ceritakan disini ialah Cruise di Mines... Memang best!..
Antara keunikan cruise di Mines ni Berbanding di Melaka ialah... laluannya di dalam Pusat The Mines yang di ibaratkan seperti Venice ala-ala moden...
Ni gambar dalam The mines..

Terdapat pelbagai jenis Cruise yang anda boleh pilih mengikut kehendak sendiri..tapi harga lain2 la ye ..
Daripada cruise yang mewah hinggalah yang paling murah.. Dan laluan cruise ini anda boleh pilih sama ada anda mahu ke Selatan Tasik(dewasa rm28, kanak-kanak rm22) atau Utara tasik(dewasa rm33,kanak-kanak 26) malah anda juga boleh memilih package kedua-dua arah... Dan ketika itu saya dan keluarga memilih untuk ke Utara Tasik...
ikan air pancut..
kami dalam perjalanan :P


Ha antara keunikkan cruise ke Utara ialah Water lift.. pernahkah anda mendengarnya? ha inilah satu2nya lift air yang terdapat di Malaysia... nak tau macam mana? datang la sendiri hehehe..
ni dia water lift..canggih gak!
Tolong2 kami tenggelam hehe..

air dri tasik selatan bertukar dgn tasik utara..
Selain itu..anda akan dibawa menyusuri sepanjang tasik itu yang dikhabarkan kedalamnya sedalam 100meter!! bayangkan jikalau anda tenggelam.. hehe.. Pelbagai keunikkan dan keindahan alam yang terdapat di sekeliling tasik itu... Cuci-cuci mata~

ptung ni terdapat semasa perjalanan sebelah tu pizza npk?


rawwr! naga..

ni tempat mkn sebenarnya tapi da tutup kut?
Macam2 tempat ada sepanjang tasik tu...contohnya di kawasan itu ada juga zoo,taman hiburan,restoran,kediaman mewah,golf dan macam2 lagi laa.. :D

ni ikan keli yang terdapat dalam tasik tu..seekor je da besa PEHA.. amacam?
ni tempat golf the mines


Ini pula biawak yang terdapat di sini besa dia je da besa macam biawak komodo ..

Tu rumah dia lubang tu...
Kat sini juga terdapat kediaman mewah yang dipanggil Palace of the Golden Horses..(hotel 6bintang) perghh mewah2 tgk dari luar pun dah mengancam.. masuk lagi lah kan... antara orang yang terkemuka pernah menginap di sini ialah SRK kenal? (shah rukh khan) dan David Beckham.. ni x kenal x tau la hehe...

ni dia perghhh..
ambil gmbr dri luar pun jdi laa ek hehe..


ada juga jambatan laju kat sini.. :)
 Kat sini juga terdapat pelbagai Spesis haiwan Exotic dan aquatic seperti biawak, pelbagai spesis ikan,burung dan kura2 hehe cumil je~...


ada satu tempat tu mmg khas smpi ada tempat khas burung2 boleh datang dekat.. hebatkn? tgk adk sy bagi mkn hehe..


helang pun ada..


Tu dia tempat bagi mkn kura2 hehe..
Perjalanan ini keseluruhannya mengambil masa selama 40minit ... Menaiki cruise ini memang menyeronokkan dan menenangkan jiwa yang sememangnya sesuai untuk aktivit beriadah bersama keluarga...justeru , sempena cuti sekolah ini ajak lah dan bawa lah keluarga anda ke sana Enjoy~ daa..

Friday, August 26, 2011

Ramadhan semakin tiba ke penghujung 2011~

Hari ini hari jumaat bersamaan 26/8/2011 merupakan hari terakhir kami berpuasa di sekolah... lepas ni tinggal 3 hari sahaja lagi berpuasa dan bualan Syawal akan menjelma... Di sini sy ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin... =) dikalau ada salah silap harap dimaafkan ye~..hehe salam dri saya...

Sunday, July 24, 2011

Hari Koku yg terakhir~ ngee...

23/7 Tercatat lah dlm sejarah dlm hidup ku sebagai hari terakhir menyambut hari koku kat sekolah Smk Klebang Besar... sob3 :'( hehe.. nk kate best pun de boring2 skit pun de...fasal lme sgt kite org kne kurung huhuhu.. sampi kul 5ptg baru boleh balik sekolah... so ni nak story mory skit ni..apa yang aku buat tahun ini~ jom bce..



Hari Koku kali ini dirasmikan oleh En.Norazman(iaitu laki cik maya)... pagi2 lagi dah berkumpul dengar ucapan perasmian sambil tu kedatangan n kupon diberikan oleh guru kelas hehehe... berucap punye berucap hari pun makin panas ,tanpa membuang masa maka rasmilah aktiviti kami pada hari itu... mcm2 la gerai berniaga pada hari itu... tpi yg x best tu gerai yg dibuka hanya 9buah sahaja.. sikit la berbanding tahun2 yg sebelumnya... mcm2 aktiviti juga disajikan kepada para pelajar seperti pameran dari pihak universiti,berniaga,pertandingan2,berkawad,karaoke dan lain2 lagi... macam2 lah kite org buat hari tu.. smpi sengal2 betis... hehe... jam 5ptg semua bersurai dan acara2 ditamatkan.. tpi yg best tu dpt cuti 2 hari isnin dan selasa..hehe.. k la tu je la hari koku terakhir kami..bye2.. (SOry x best cerita kali ni x de idea nk mengarang huhu) daa~






Thursday, June 30, 2011

Transformers 3!!


sentinel prime yg membelot ke decepticon..
Perghh mmg best la tgk cite ni smlm... ni la cerita yg pling sy tunggu2...iaitu Transformers 3...hehe..
cerita kali ni merupakan yg terakhir transformer dgn lebih aksi2 yg mendebarkan terutama aksi2 dan peralatan yg canggih digunakan oleh optimus prime dan decepticon... beberapa watak baru dan lama juga turut muncul bagi menambah kemantapan jalan cerita tersebut.. antaranya sentinel prime(ketua sebelum optimus prime),brain,dido dan 3 buah kereta nascar bagi autobot..manakala soundwave dan beratus2 lagi robot decepticon turut muncul pada movie kali ini... Ha! jdi apa tunggu lagi jom laa g serang paggung !!hehe..mmg.........syoKK giler!! optimus prime byk aksi! =D




ni watak baru utk autobot!

ni ahli2 baru dlm cerita ni...sume power2..

Friday, May 6, 2011

FAmili day~ PD


kite org..ni pun rmi x de lg ni...hehe ade blajar kat U..

Setelah bertahun-tahun kami merancang untuk membuat family day yang tak jadi2 akhirnya...berjaya juga akhirnya..XD Pada 30april-2may 2011... Keluarga besar kite org telah mengadakan family day di PD(Port Dickson kalu x tau gak ssh la korang huhu)... tempat yg kite org duduk tu berbunyi Resident Desa Lagoon... nie link dia link desa lagoon tempat ni pun bleh tahan laa..bwh setiap rumah tu ade kolam ikan... lawa hehe..
Tada~

nie main villa dia...


Pelbagai aktiviti kite org buat dekat sini..untuk merapatkan talian silaturrahim keluarga kami... Hari pertama sampai je tempat ni sume berkejar2 rebut bilik huhu.. smpi je time tu dah ptg2 sikit... kira time tu tmpat ni mcm kite org punye r penuh bilik check in kluarga  kite org je huhu.... nk2 lagi time mandi kolam...XD org lain semua kuak ke tepi haha... mlm tu plak kite org ade buat BBQ hehe yummy!... sdp... byk mknan ade..kenyang x ingat dunia~ harha...mlm tu juga ade konsert dekat pantai...entah pe bende lanun2 punye pertandingan huhu..joget2 camtu la lebih kurang ..kite org pun join je hehe...

acara sukan..

Hari kedua pula...pagi tu kite org ade buat acara sukan.. so pergi la kat pntai belakang villa ni... nsib pasir dia halus2 bersih hehe .. mcm2 kite org buat..main bola tampar,cari gula2 dlm tepung dan lain2 lg... dah penat main tu semua time mandi laut pula hehe..nsib time tu matahari x pnas sgt kalu x dah itam da nie -_-'.. dlm2 mndi tu da bosan kite org pun sewa la banana boat hehe... superb! laju best haha... tpi yg bahaya banana ni..tkut terantuk waktu terbalik tu perghh kalu kene tu mau lebam r... dah pnat mndi2 laut semua kite org mndi pulak kolam hahaha.. (haish bdk2 ni x tau penat ke?) smpi je time tgh hari mkn laa..puas2 rehat kejap hehe..pastu smbung balik aktiviti.. XP...
sdare mare..

waktu mlm pula ade pertandingan karaoke!! perghh mmg truk suare kene kerja mau x nye smpi 12mlm bru berhenti hhaha.. kembang2 urat leher... XP... Hari ketiga pagi tu ade upacara penyampaian hadiah untuk aktiviti karaoke dan sukan2 tu semua... yg pasti semua org dpt hadiah laa hehe... lepas tu semua siap2 packing beg utk pulang semula ke rumah masing..tapi trip org2 melaka menyimpang ke tempat lain hehe org2 KL semua blik rumah trus...kite org pula pergi Xtreme Park!! ohh yeah... ade race go-kart kat sane haha gile2 kite org bwk time tu..perghh cam nk tecampak je rase...mne x nye press minyak abis2... break x mau gune huhu.. habis je aktiviti go-kart ni kite org pun balik la ke rumah masing2..
dah ready nk race ni hehe..

konklusinya aktiviti seperti ini amat memberi manfaat kepada keluarga kami kerana selain merapatkan silaturrahim ..aktiviti seperti ini juga baik untuk melepaskan tekanan pekerjaan dan boleh menyihatkan tubuh badan hehe... daa~

Untuk melihat lebih byk lg gmbr keluarga kami tekan link ini ya>>  family day photos =D

Wednesday, May 4, 2011

SnoWalk (i-city)


HYe korang.. k kali ini sy ingin sambung semula cerita snoWalk sy yg x abis aritu hehe... k snoWalk ni merupakan salah satu project terbaru pihak I-CITY Shah Alam .. bende ni pun baru je siap tahun ini .. kebetulan pula masa kita org dtg tu... tempat ni ade diskaun di mana harga kemasukan sebelum pukul 6 petang bg setiap org RM15...tapi selepas je pkul 6 harga dia naik skit berharga RM25...(mhl skit sbb mlm2 org rmi dtg).. tempat ini pula dibuka sehingga 1pagi... korang nk duduk brape lame dlm tu pun boleh..tu pun kalu korang bleh tahan haha...(dlm tu punye le sejuk smpi telinga i jdi merah n keras..dah la capang nsib x putus XD)..

kk kite smbung blik.. sbaik shaje korang msuk pintu utama snoWalk ni..korang akan diberi bju salji(so x pyh la korang risau mne nk dpt bju salji tu..nk beli mmg mhl kn? dan yg best x byr lagi..sewa free hehe).. tpi kene pndai pilih la ade bju da rosak skit.. mase kat entrance tu pun ade mesin baru yg di import dri Korea mesin membuat salji...tpi mesin ni hanya akan dibuka pada jam 8pm.. kalu korang nk main salji tu tunggu la smpi mlm huhu... k sbaik shaja anda memakai bju salji tu..kite pun msuk la ke dalam.. sblum msuk pintu yg ni..korang akan dicop ditgn....dgn cop ni korang bleh kluar msuk dlm snowalk ni selagi cop tu x hilang..tpi kalu kene air ilang laa...so kalu kene ice??pndai2 la korang jgn cop ni sbb nnti sng nk msuk(tpi korang x perlu risau juga sbb korang kn pkai bju salji ni so dia org tau la korang da bayar =D).... msuk je...

perghhh trus rase aura salji tu..haha sjuk mengigit2...berrr!! nsib pkai kasut tebal..stoking tebal..kalu x frost kaki korang...dlm tu pun ade byk lampu LED yg lawa2.. dia org pun ade buat mcm2 bentuk hiasan yg berlampu so nnti cantik la ambil gmbr hehe...
my friends
smile hehe
polar bear

dlm tu juga mcm2 permainan ade... antaranya padang bola sepak ice (bygkan sejuk2 main bola..nk cube? XD dtg laa)..pastu ade gelongsor ice... pergh sjuk laju!...ade juga pelampung gelonsor...kereta luncur dan mcm2 lagi.. rumah2 ice pun ade... dan semestinya ade org salji dan Iglo..hehe...

so time2 cuti skola nnti..atau bile2 korang senang cube la bwk family dtg sini..sronok abiz hehe..k daa~

Hye KenGkAwAn~ FoLLOw Sy K~