Saturday, January 29, 2011

LaNGkaWI

Langkawi adalah salah sbuah gugusan pulau daripada 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.
Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan.
Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini.Bagi anda yang ingin ke pulau ini anda boleh datang dengan menaiki feri atau pun kapal terbang. Setibanya anda di sana anda boleh mendapatkan kereta sewa untuk memudahkan pergerakkan anda sekeluarga.
Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.
Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.
Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.Bagi kemudahan penginapan pula terdapat pelbagai kemudahan penginapan di pulau ini untuk para pengunjung seperti chalet hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang.
nie antara mercu utama pulau langkawi..
nie gmbr sekitar P.langkawi..
ha kat lgkawi pun ade kreta cable tau..nie dekat2 dgn geopark lgkawi...
 so itulah serba sedikit tentang P.Langkawi ye..cuti2 Malaysia =)

0 comments:

Post a Comment

Hye KenGkAwAn~ FoLLOw Sy K~