Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011!


Hari ini 26 Mac 2011.. tahukah anda bahawa hari ini hari apa? ha! sbenarnya hari ini merupakan hari sambutan Earth Hour sedunia.. seperti mana yg kita ketahui sebelum ini, kempen ini diadakan setiap tahun bagi menyedarkan manusia tentang pemanasan global yang semakin meningkat. Jadi dengan memadamkan lampu dan peralatan elektik yang lain selama sejam (60 minit) .. diharap dapat memupuk masyarakat supaya lebih berjimat cermat dan memelihara bumi dari pemanasan iklim global...Earth Hour sedunia akan disambut dengan memadamkan lampu bermula pada jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Kempen yang dianjurkan oleh World Wildlife Fund (WWF) ini telah pun bermula pada tahun 2004 oleh WWF Australia. sehinggalah sekarang..
Kempen ini juga telah  disertai hampir seluruh negara dan tidak terkecuali negara kita.. =) jadi kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong usaha murni ini untuk menjamin taraf kehidupan generasi akan datang...
seronok sebenarnya kempen ini...teruja saya setiap tahun hehehe =D.. bersama2 lah kita menyokongnya k..~






0 comments:

Post a Comment

Hye KenGkAwAn~ FoLLOw Sy K~