Saturday, March 5, 2011

JOnker walk..

hellooow~ ... kali ini saya nk ceritakan serba sedikit pasal JonkerWalk ataupun nama lain yg org2 kat sini panggil sbagai JonkerStreet ataupun Jalan Hang Jebat.. lyan~~~

JOnker walk.. terletak di sebelah barat Sungai Melaka, dengan jalan-jalan sekitarnya yang sempit tetapi indah dihiasi dengan rumah-rumah kedai , kuil dan masjid. Kawasan ini terkenal dengan pelbagai tarikan menarik yang pastinya menjadi pengalaman manis bagi para pelancong...

 Jonker Walk:
- Jonker Walk atau Jalan Hang Jebat yang merangkumi laluan sepanjang 400 meter antara lokasi yg wajib dikunjungi di Melaka.(kat pusat bandar juga laa)

- Jonker Walk menjadi tempat tumpuan pelancong di seluruh dunia kerana di sini terdapat banyak barangan antik, galeri seni, barangan kraf serta deretan bangunan lama zaman penjajah.(kalu dtg sini jgn lupa bwk camera ya!)(btw dlm kedai kat sana anda tidak dibenarkan mengambil gambar ya) Pengaruh dan  seni bina mencerminkan interaksi budaya pada era itu hingga mewujudkan pengaruh serta budaya cina peranakan atau Baba dan Nyonya serta Serani.

-Perniagaan di Jonker Walk bermula jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari biasa dengan waktu perniagaan dilanjutkan hingga jam 10 malam pada hujung minggu. Malah, pada hujung minggu, jalan berkenaan ditutup kepada lalu lintas bagi membolehkan pengunjung berjalan kaki sambil menikmati keindahan seni bina serta 'mencuci mata' dengan pelbagai barangan jualan... keadaan persekitaran di kawasan ini lebih kepada reka bentuk cina peranakan dan terdapat ramai peniagaan dari org cina.. (jadi jln2 tu pandai2 la tawar menawar)
..waktu2 hujung minggu memang sesak la mcm psar mlm pun ade gak.. kalau korang nk lagi best jln la waktu mlm2...mcm2 ada kadang2 tu dia org ade buat persembahan opera cina lama2 tu...wayang kain dan bermacam-macam lg... bertambah indah waktu mlm juga keadaan disekitar bangunan penuh dgn lampu liplap-liplap  hehe cantik... =P ok itu saya~ daa~



kedai ni byk ak npk..time jln2 kat situ,,

sempit2 je jln ..





kebersihan diutamakan hehehe



2 comments:

Unknown said...

Tpg tanye kamera awk ni saiz yg besar ke??
Result die bgs la~~~

IGnite said...

Yup sy download saiz asal dia..sume image dr cmra s95..kalu nk tgk lg cntik g kat http://twinspixel.blogspot.com lawat ye ;)

Post a Comment

Hye KenGkAwAn~ FoLLOw Sy K~